Pit_bull
Pit_bull

Pit_bull

Templat:Redirect6Istilah pit bull kerap digunakan sebagai istilah generik yang digunakan untuk menggambarkan anjing dengan ciri fizikal serupa. Orang ramai dan media berita menganggap "pit bull" sebagai salah satu daripada beberapa baka termasuk bulterier Staffordshire, terier pit bull Amerika, terier Staffordshire Amerika, bulterier, atau mana-mana campuran daripadanya. Di sesetengah bahagian dunia, buldog Amerika dan dogo Argentina juga dikelompokkan sebagai anjing "jenis pit bull", sungguhpun terdapat perbezaan genetik besar. Mana-mana anjing yang merupakan campuran dengan "baka bully"[petikan diperlukan] boleh juga dipanggil "pit bull" termasuk yang diturunkan daripada buldog Inggeris, buldog Perancis dan terier Boston.[2] Walau bagaimanapun, penggemar baka mempercayai bahawa menggunakan istilah "pit bull" sebagai istilah perangkum untuk beberapa jenis baka berlainan adalah tidak betul kerana satu-satu baka yang mempunyai istilah "pit bull" dalam nama baka rasmi ialah terier pit bull Amerika. Baka-baka tersebut yang kerap dilabel sebagai "pit bull" mempunyai sejarah, piawaian, dan perangai unik sendiri.Keserupaan genetik anjing baka bull mungkin menjadikannya sukar untuk pakar mengenal pasti baka berkenaan dengan penglihatan,[3][4][5] dan sementara anjing baka kacuk kerap dilabel sebagai "pit bull" sekiranya mempunyai ciri fizikal tertentu seperti kepala berbentuk kotak atau jenis badan sangat besar,[2] pengenalpastian visual bagi anjing baka kacuk tidak disyorkan oleh komuniti sarjana.[3]

Pit_bull

Negara asal England
Scotland
Ireland
Amerika Syarikat
Bulu Licin[1]
TraitBulu
Trait
BuluLicin[1]