Pitbull
Pitbull

Pitbull

Armando Christian Pérez, atau Pitbull, (lahir 14 Januari 1981) adalah seorang penyanyi rap dari Amerika Syarikat. Album pertamanya dikeluarkan pada 2004, bertajuk M.I.A.M.I. (kependekan Money Is a Major Issue) di bawah TVT Records. Sejak itu, dia telah mengeluarkan dua lagi album, El Mariel pada 2006 dan The Boatlift pada 2007.[1] Dia juga merupakan juruacara program bahasa Sepanyol La Esquina di saluran kabel Mun2.[2]