Planet_karbon
Planet_karbon

Planet_karbon

Planet karbon, juga dirujuk sebagai planet berlian atau planet karbid,[1] adalah jenis planet theori yang dikemukakan oleh Marc Kuchner yang boleh terbentuk sekiranya cakera protoplanet adalah kaya dengan karbon dan kekurangan oksigen. Menurut sains planet, ia akan terbentuk berbeza dari Bumi, Marikh dan Zuhrah, planet yang sebahagian besarnya terdiri daripada sebatian silikon-oksigen. Teori ini menjadi semakin popular dan kini dikatakan oleh para penyelidik seperti Jade Bond[2] sebagai dibina berasaskan idea berpatutan, khususnya bahawa sistem suria berbeza akan memiliki kadar karbon dan oksigen yang berbeza, dan planet bumian sistem suria kita sebenarnya condong ke arah "planet oksigen".Planet PSR J1719-1438 b, dijumpai pada 25 Ogos 2011, kemungkinannya planet yang sedemikian.