Evolusi Plasmodium

Kitaran hidup ini paling baik difahami melalui segi evolusi. Ia dipercayai bahawa Plasmodium berubah dari parasite yang disebarkan melalui laluan tinja (orofaecal) yang menjangkiti dinding usus kecil. Pada satu peringkat parasit ini mengembang kebolehan menjangkiti hati. Pola ini dapat di lihat pada genus Cryptosporidium yang berkait jauh dengan Plasmodium.

Pada satu peringkat leluhur plasmodium mengembangkan kebolehan bagi menjangkiti sel darah dan terselamat dan menjangkiti nyamuk. Apabila jangkitan nyamuk telah mantap jangkitan melalui laluan tinja (orofecal) sebelumnya lesap.

Plasmodium berkembang sekitar 130 juta tahun dahulu. Tempoh ini bersamaan dengan perkembangan pantas angiosperms (tumbuhan berbunga). Perkembangan ini pada angiosperms dipercayai disebabkan oleh sekurang-kurangnya satu kejadian penyalinan genomik. Kemungkinannya peningkatan dalam bunga mendorong kepada peningkatan jumlah nyamuk dan hubungan mereka dengan vertebra.

Selain darah, nyamuk hidup memakan madu. Hidangan darah hanya diperlukan oleh nyamuk betina sebelum bertelur kerana kandungan protin dalam madu amat rendah.

Nyamuk berubah di Amerika Selatan sekitar 230 juta tahun dahulu. Kini terdapat lebih 3,500 spesies nyamuk yang diketahui tetapi sehingga kini evolusi mereka tidak banyak diketahui oleh itu pengetahuan kita mengenai evolusi Plasmodium kekal rendah.

Pada masa kini ia dipercayai bahawa reptilia merupakan kumpulan pertama yang dijangkiti oleh Plasmodium diikuti oleh burung. Pada satu ketika primate dan rodent turut dijangkiti kemungkinannya daripada spesies burung. Spesies lain yang dijangkiti selain kumpulan ini kemungkinannya kejadian yang baru berlaku.

Pada masa kini (2006), jujukan DNA tersedia bagi kurang dari enam puluh spesies dan kebanyakannya adalah dari spesies yang menjangkiti hos rodent atau primate. Pola jangkitan yang dicadangkan hanyalah hipotesis kerja dan mungkin ditolah apabila jujukan DNA lanjut dari spesies tambahan diperolehi.