Peristilahan Podcast

Perkataan asal "podcasting" pertama kali muncul dalam sebuah karangan nukilan Ben Hammersley dalam akhbar The Guardian pada Februari 2004[2] gabungan kata "pod" — "playable on demand" (dimainkan atas permintaan), yang kelak digunakan Apple Computer (sekarang Apple) untuk pemain media mudah alih iPod keluaran mereka — dan "broadcasting" (penyiaran).[3] Nama ini dapat mengelirukan kerana media suapan dapat dimainkan dengan sebarang peranti yang dapat memainkan sebarang fail media.[4] Ada beberapa orang yang mewujudkan istilah "netcast" sebagai kata pengganti "podcast"- untuk menghindari keterkaitannya dengan nama khas gajet "iPod".[5]

Istilah "siniar" sebagai merupakan padanan pertama kepada kata asal dalam alam penutur bahasa Melayu. Ia dicipta di Indonesia pada tahun 2011 melalui penyisipan imbuhan dalaman -in- ke dalam kata kerja siar,[1] lalu digunakan secara tidak rasmi tapi meluas di negara tersebut. Istilah "audio siar" juga wujud digunakan sebagai padanan, namun pengunaan ini kurang lazim.