Pok_Ro

Mohamad Nazrul bin Abdul Rani (lahir 2 April 1999) atau lebih dikenali sebagai Pok Ro adalah seorang Pencipta Kandungan permainan video Malaysia di platform YouTube, TikTok, Facebook dan Instagram. Kandungan pada saluran YouTube beliau memfokuskan kepada permainan Video bergenre seram, komedi dan lain-lainnya. Pok Ro merupakan gabungan daripada panggilan 'Pok' iaitu Pak Cik dalam loghat Terengganu dan 'Ro' merupakan singkatan dari nama sebenarnya, Nazrul. Nama ini juga dipanggil oleh anak saudaranya.[1]