Pokok Melaka
Pokok Melaka

Pokok Melaka

Cicca emblica Kurz
Emblica officinalis Gaertn.
Mirobalanus embilica Burm.
Phyllanthus mairei Lév.
Pokok Melaka (bahasa Inggeris: Indian gooseberry; nama botani: Phyllanthus Emblica) ialah sejenis pokok daun luruh daripada famili Phyllanthaceae. Pokok ini yang terdapat di Malaysia dan India terkenal untuk buahnya yang boleh dimakan. Nama umum untuk pokok ini termasuk:serta aonla, aola, amalaki, amla berry, dharty, aamvala, aawallaa, emblic, emblic myrobalan, nellikai, nillika, dan usareekai.Lebih banyak cendikiawan dan ahli sejarah bersetuju pada hari ini bahawa negeri Melaka memperoleh namanya daripada nama pokok ini. Jalan fikiran mereka berasas daripada tabiat penduduk tempatan pada masa itu yang suka menamakan tempat mengikuti nama pokok ataupun tumbuhan. Banyak pokok melaka pada masa itu bertumbuh di tebing Sungai Air Lereh.