Pokok_Belian
Pokok_Belian

Pokok_Belian

Pokok Belian merupakan sejenis pokok kayu keras, nama saintifiknya Eusideroxylon zwageri.[1] Ia merupakan pokok yang lambat tumbuh membesar dan bukan dipterokarpa.Kayu Belian (Eusideroxylon zwageri), spesies balak Malaysia Timur[2], tahan secara semulajadi disebabkan ciri-ciri anatomi uniknya dan kandungan hasilan yang tinggi. Kayunya mampu tahan dedahan kepada tanah dan keadaan lain tanpa kehilangan kekuatan yang jelas. Beberapa tiang eletrik Belian yang diuji di Sarawak menunjukkan hanya reput permukaan pada garis tanah selepas 20 tahun. Ujian menggunakan mikroskop elektron ("Transmission electron microscopy (TEM)") menunjukkan kehadiran rongga reput lembut pada dinding fiber. Tambahan pada serangan reput lembut pada dinding kedua, pada beberapa tisu reput, bahagian lain dinding diber, termasuk lamellae tengah yang amat lignified, turut terurai. Bakteria juga turut banyak terdapat pada sel ini, mencadangkan penguraian tisu kayu pada permukaan mungkin hasil tindakan bersama fungi pereputan lembut dan bakteria pengurai kayu.[3]