Penyakit Pokok_Bunga_Mawar

Mawar merupakan tanaman yang amat mudah diserang penyakit. Antara penyakit yang boleh membunuh pokok mawar ialah:

Thrip-kutu halus yang menghisap nutrien pokok, tanda-tanda dan kesan adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk dan bunga, pucuk yang terbantut, 'terbakar' dan seterusnya mati.

Antara langkah kawalan yang selamat digunakan ialah menggunakan semburan racun perosak khas yang dipatenkan khusus buat taama hiasan, pengawalan menggunakan semburanracun perosak berasaskan air (water base pesticide) disembur seminggu sekali atau sehingga simptom penyakit berkurangan. Sekiranya teruk pokok berkeadaan pada peringkat sangat teruk, pokok harusnlah ditogel daun, bunga dan dahan dipangkas harus di bakar atau dibungkus dengan plastik dan dibuang jauh dari pokok.

Bintik hitam-penyakit musim hujan lebih bahaya dari thrip biasanya apabila diserang, potensi daya tahan hanya sekitar 50 -50 untuk pokok terus hidup atau mati.

Serangan penyakit kulapuk atau kulat. Spora kulat boleh bercambah apabila daun atau batang lembab atau basah. Pencegahan amat penting seperti menyiram air hanya pada akar.