Pencemaran Polistirena

Persatuan Pekilang Plastik Malaysia menyatakan sebanyak 1.8 juta tan metrik plastik pelbagai jenis telah digunakan di Malaysia pada tahun 2008 . Sementara 108,000 tan metrik polistirena digunakan pada 2007 dan menurun kepada 106 000 tan pada tahun 2008. Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Tan Sri Dr Salleh Mohd Noor berharap penggunaan polistirena sebagai bekas makanan dapat dikawal. Kita boleh gantikan dengan plastik seperti tupperware.

Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) S. Peiarapakaran menyatakan terdapat Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Namun peraturan ini tidak menghalang peniaga dan orang ramai.[6]