Menu
Politeknik_Tuanku_Syed_Sirajuddin SejarahPoliteknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah beroperasi di kampus sementaranya di Kolej Komuniti Darulaman pada 16 Mei 2003. PTSS berpindah ke kampus tetapnya pada 16 Jun 2004 dan pengambilan pelajar yang pertama bermula pada sesi Julai 2004. Dahulu Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dikenali sebagai Politeknik Perlis. Kampus Tetap Politeknik terletak di KM 25 Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis.
Politeknik ini merupakan Politeknik yang ke 18 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekarang ini politeknik adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Di antara jabatan yang diwujudkan di Politeknik ialah Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. 2 Jabatan sokongan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pengajian Am dan Jabatan Matematik, Sains & Komputer.
Selain dari jabatan akademik PTSS turut mempunyai Unit Pentadbiran, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Unit Peperiksaan, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Pembangunan & Penyelenggaraan, Unit Kualiti, Unit Kaunseling, Unit Sukan & Ko Kurikulum, Unit Perhubungan & Latihan Industri, Unit Multimedia & Intruksional dan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin menawarkan program di peringkat Sijil (2 Tahun) dan Diploma (3 Tahun) kepada lepasan SPM. Tawarannya terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Menu
Politeknik_Tuanku_Syed_Sirajuddin SejarahBerkaitan
Politik Politik perubahan iklim Politik balas budi Politeknik Balik Pulau Politik Tunisia Politik Iran Politik identiti Politik Pulau Pinang 2008-2010 Politik di Jepun Politik Negeri SembilanRujukan
WikiPedia: Politeknik_Tuanku_Syed_Sirajuddin http://www.facebook.com/politekniktuankusyedsiraju... http://www.ptss.edu.my