Sejarah Politik_haluan_kanan

Istilah ini berasal daripada zaman Revolusi Perancis, apabila timbalan-timbalan liberal dari Estet Ketiga kebanyakannya duduk di kiri kerusi presiden, dalam satu tabiat yang bermula di Estet Jeneral pada tahun 1789. Golongan bangsawan, iaitu ahli-ahli Estet Kedua pula, tertumpu di sebelah kanan. Dalam dewan-dewan undangan yang berikutnya, penyokong-penyokong pemerintahan beraja yang mendukung Rejim Ancien sering digelar golongan kanan kerana tertumpu di sebelah kanan. Di Dewan Negara Perancis amalan wakil-wakil duduk di sebelah kanan atau kiri kerusi presiden Dewan mengikut kecenderungan politik masing-masing masih diteruskan sehingga ke hari ini.

Oleh sebab kaitan asal ini semakin lapuk, maka maksud istilah ini telah berubah agar sesuai dengan spektrum idea dan pendirian yang dibandingkan, serta sudut pandangan penceramah.

Oleh sebab timbulnya isu-isu sosial baru, pandangan sayap kanan masih mementingkan pemeliharaan nilai-nilai "tradisional" (termasuk nilai-nilai keagamaan) dan pemeliharaan hak-hak individu dan korporat melalui pengehadan kuasa kerajaan. Namun begitu, kepentingan nilai-nilai dan dasar sayap kanan berbeza-beza mengikut negara dan zaman. Selain itu, ahli politik dan pemikir sayap kanan individu selalu memegang keutamaan individu. Tiadanya kriteria objektif yang diterima sejagat bagi menentukan yang mana antara kedua-dua kepercayaaan atau dasar tersebut lebih berhaluan kanan.