Pondan
Pondan

Pondan

Transeksual (bahasa Inggeris transvestite) atau lebih dikenali dengan istilah tempatan sebagai pondan (juga dikenali sebagai mak nyah, bapuk, darai, kedi, Trashgender) merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki yang menyerupai wanita, iaitu orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual". Menurut Laporan Negara oleh Profesor Madya Teh Yik Koon, pensyarah kriminologi dan sosiologi di Universiti Utara Malaysia, yang pakar dalam isu ini, mak nyah secara amnya merujuk kepada lelaki transeksual, iaitu lelaki yang mahukan jantina yang lain daripada jantina yang mereka dilahirkan. Ini berbeza dengan kaum khunsa yang pada dasarnya bermaksud mereka yang dwi jantina.