Porpois
Porpois

Porpois

Lihat teksPorpois, turut dikenali sebagai gondal atau lumba-lumba gondal,[1][2] ialah sekumpulan mamalia laut sepenuhnya akuatik, yang semuanya dikelaskan dalam keluarga Phocoenidae, parorder Odontoceti (paus bergigi). Biarpun tampilannya menyamai lumba-lumba, mereka lebih dekat dengan narwal dan beluga, berbanding dengan lumba-lumba sebenar. Terdapat empat spesies porpois yang ada, semuanya dalam kalangan paus bergigi terkecil. Perbezaan utama rupanya ialah muncung binatang ini lebih pendek dari lumba-lumba serta memiliki gigi leper.