Portal:Fairy_Tail

Fairy Tail (フェアリーテイル, Fearī Teiru) ialah manga daripada mangaka Hiro Mashima. Sirinya bermula di Majalah Shōnen sejak 23 Ogos 2006. Sejak 15 Disember 2006, setiap episod Fairy Tail telah dibukukan dan jilid ke-37 telah dikeluarkan pada 20 April 2013. Fairy Tail ini mengisahkan pengembaraan Lucy Heartfilia, seorang ahli sihir (魔導士, madōshi) remaja yang menyertai persatuan ahli sihir dan mewujudkan kumpulan diantara ahli persatuan itu iaitu Natsu Dragneel yang sedang mencari naga bernama Igneel.Versi anime dihasilkan oleh A-1 Pictures dan Satelight telah menayangkan 175 buah episod siri televisyen di saluran TV Tokyo sejak 2009. Di Malaysia, anime disiarkan pada hari Ahad pukul 10:30 pagi di Ntv7, juga bersiaran di Animax saluran Astro 715 sejak 2010 hingga 2013 sebanyak tiga musim, dan juga bersiaran di 8tv setiap hari Sabtu pada pukul 3 petang. Studio A-1 Pictures juga telah menghasilkan empat animasi video original (OVA) dan filem animasi, Fairy Tail the Movie: The Phoenix Priestess, dan OVA yang ke-5 untuk sekuel pendek selepas filem animasi. Siri Fairy Tail sebenarnya telah tamat pada episod 175 di Jepun (30 Mac 2013). Walaubagaimanapun sehari selepas tamat episod, Hiro Mashima pelukis manga ini mengisytiharkan dalam Twitternya bahawa Fairy Tail akan disiarkan semula mulai Episod 1 di TV Tokyo 6 dan bertajuk Fairy Tail Best! pada 4 April 2013 dan ditayangkan pada setiap hari Khamis pukul 5.30 petang.Natsu "Salamander" Dragneel (ナツ・ドラグニル, Natsu Doraguniru) ialah protagonis utama siri Fairy Tail dan rakan pertama Lucy Heartfilia bertemu semasa perjalanannya. Natsu bertemankan Happy, seekor kucing terbang. Semasa Natsu kecil, dia dijaga oleh seekor naga, Igneel. Selepas sahaja kehilangan Igneel tujuh tahun sebelum siri ini bermula, Natsu menyertai Fairy Tail dan mencari naga itu semula. Sebagai Pemburu Naga (ドラゴンスレイヤー, Doragon Sureiyā), Natsu boleh menggunakan magik purba, atau "Magik Purba", yang membolehkan dia mempunyai sifat fizikal seperti naga. Magik Pemburu Naga Api (火の滅竜魔法, Ka no Metsuryū mahō) menjadikannya boleh bernafas api, mengeluarkan api daripada setiap sudut badan untuk serangan, kebal terhadap api, dan api sebagai makanan. Apabila dia memakan api dia akan mendapat kuasa yang banyak, Natsu boleh meningkatkan bentuk kuasanya kepada tahap lebih tinggi iaitu dipanggil Tujahan Naga atau Dragon Force (ドラゴンフォース, Doragon Fōsu), menyebabkan kulit di bahagian lengan dan mata menjadi bersisik, dan meningkatkan kuasa zahir dan batin. Dengan Tujahan Naga, membolehkan Natsu memakan magik bentuk lain dan bergabung dengan kuasanya buat sementara waktu; walau bagaimanapun, Natsu akan sakit untuk beberapa hari apabila kesan gabungan itu hilang.
Lebih lanjut...Laman SosialLaman TemubualLaman BeritaLaman Cereka PeminatInilah gaya yang biasa dilakukan oleh Ichiya Vandalay Kotobuki. Gayanya sangat ditakuti oleh Erza Scarlet. Tetapi orang bawahan Ichiya sangat mengagumi gerakan ini dan sentiasa memuji ketampanan Ichiya.Gajeel Redfox (ガジル・レッドフォックス, Gajiru Reddofokkusu), sama seperti Natsu Dragneel dan Wendy Marvell, adalah Pemburu Naga yang dibesarkan oleh Metalicana. Magik Pemburu Naga Besinya (鉄の滅竜魔法, Tetsu no Metsurū mahō) (Iron Dragon Slayer) memberikannya kebolehan memanipulasi tubuhnya menjadi besi untuk membuat senjata seperti kelab dan pedang, melitupi badannya dengan sisik besi dan meniup angin yang mengandungi serpihan besi yang mampu mengoyakkan badan seseorang Dia juga boleh mengambil besi sebagai makanan Pada mulanya seorang ahli Phantom Lord, serangannya terhadap Fairy Tail menyebabkan peperangan diantara dua persatuan dan akhirnya menyertai Fairy Tail atas permintaan Makarov Dreyar.

Selanjutnya...Ini adalah perkara yang anda boleh lakukan:Ada info lain berkaitan ini. Sila bincangkan."Saya tidak keseorangan. Saya boleh dengar mereka... Saya boleh dengar suara semua orang... Saya boleh rasa semua perasaan orang lain... Saya tidak keseorangan... Perasaan semua orang... telah membantu saya... Merekalah yang memberikan saya semangat untuk terus berjuang!"
Singkir cacheAnda dipersilakan untuk meletakkan nama anda di sini sekiranya anda lazim menyumbang rencana berkaitan Fairy Tail. Terdapat banyak lagi yang perlu diperkembangkan dan dilakukan dengan Portal Fairy Tail ini!Wikipedia:WikiProjek Fairy TailPurge server cache