Manga dan
anime Fairy Tail memaparkan banyak watak yang dicipta oleh
Hiro Mashima. Siri ini berlaku terutamanya di Kerajaan Fiore, sebuah kerajaan yang terletak di
alam semesta fiksyen dipanggil Earth-land, di mana beberapa penduduk dapat melaksanakan pelbagai bentuk
sihir dalam fiksyen. Mereka yang mengamalkan sihir sebagai satu kerjaya, disebut sebagai ahli sihir (魔導士, madōshi).
[1] menyertai
persatuan di mana mereka berkongsi maklumat dan melaksanakan pekerjaan yang berbayar daripada pelanggan. Manga ini menceritakan perjalanan hidup sekumpulan ahli-ahli sihir dari persatuan yang terkenal.Watak utama dalam siri ini ialah
Lucy Heartfilia, seorang ahli sihir bintang yang menyertai persatual Fairy Tail dan
Natsu Dragneel, seorang ahli sihir api dikenali sebagai Pemburu Naga (Dragon Slayer) yang sedang mencari ayah angkatnya iaitu seekor
naga bernama
Igneel. Pada awal permulaan siri ini mereka menubuhkan kumpulan bersama
Happy iaitu seekor
kucing terbang dan sebagai seorang kawan kepada Natsu;
Gray Fullbuster, ahli sihir ais;
Erza Scarlet, ahli sihir kelas S yang mahir menggunakan pelbagai senjata dan perisai;
Wendy Marvell, ahli sihir angin yang termuda; dan
Carla, seeekor
kucing terbang yang bersama dengan Wendy. Sepanjang siri ini Lucy dan Natsu beriteraksi dan berkawan dengan ahli persatuan ini dan juga persatuan dari bandar yang lain dalam Fiore, begitu juga watak daripada dunia lain. Mereka juga telah bertembung dengan pelbagai antagonis daripada pelbagai persatuan gelap, dan
Zeref, seorang ahli sihir purba yang telah melakukan pelbagai jenayah pada masa lampau. Kini, semua protagonis sedang menghadapi
Rouge Cheney (masa depan) dari
Sabertooth yang mahu 10,000 ekor naga menyerang Fiore dalam peristiwa
Grand Magic Game.Semasa pembikinan siri ini, Mashima telah dipengaruhi oleh
Akira Toriyama,
J.R.R. Tolkien dan
Yudetamago dan reka bentuk persatuan ini berdasarkan daripada bar tempatan. Beliau juga menggunakan orang ramai sebagai rujukan dalam merekabentuk watak lain. Watak-watak ini telah diterima baik secara keseluruhan.