Lucy_Heartfilia

Manga dan anime Fairy Tail memaparkan banyak watak yang dicipta oleh Hiro Mashima. Siri ini berlaku terutamanya di Kerajaan Fiore, sebuah kerajaan yang terletak di alam semesta fiksyen dipanggil Earth-land, di mana beberapa penduduk dapat melaksanakan pelbagai bentuk sihir dalam fiksyen. Mereka yang mengamalkan sihir sebagai satu kerjaya, disebut sebagai ahli sihir (魔導士, madōshi).[1] menyertai persatuan di mana mereka berkongsi maklumat dan melaksanakan pekerjaan yang berbayar daripada pelanggan. Manga ini menceritakan perjalanan hidup sekumpulan ahli-ahli sihir dari persatuan yang terkenal.Watak utama dalam siri ini ialah Lucy Heartfilia, seorang ahli sihir bintang yang menyertai persatual Fairy Tail dan Natsu Dragneel, seorang ahli sihir api dikenali sebagai Pemburu Naga (Dragon Slayer) yang sedang mencari ayah angkatnya iaitu seekor naga bernama Igneel. Pada awal permulaan siri ini mereka menubuhkan kumpulan bersama Happy iaitu seekor kucing terbang dan sebagai seorang kawan kepada Natsu; Gray Fullbuster, ahli sihir ais; Erza Scarlet, ahli sihir kelas S yang mahir menggunakan pelbagai senjata dan perisai; Wendy Marvell, ahli sihir angin yang termuda; dan Carla, seeekor kucing terbang yang bersama dengan Wendy. Sepanjang siri ini Lucy dan Natsu beriteraksi dan berkawan dengan ahli persatuan ini dan juga persatuan dari bandar yang lain dalam Fiore, begitu juga watak daripada dunia lain. Mereka juga telah bertembung dengan pelbagai antagonis daripada pelbagai persatuan gelap, dan Zeref, seorang ahli sihir purba yang telah melakukan pelbagai jenayah pada masa lampau. Kini, semua protagonis sedang menghadapi Rouge Cheney (masa depan) dari Sabertooth yang mahu 10,000 ekor naga menyerang Fiore dalam peristiwa Grand Magic Game.Semasa pembikinan siri ini, Mashima telah dipengaruhi oleh Akira Toriyama, J.R.R. Tolkien dan Yudetamago dan reka bentuk persatuan ini berdasarkan daripada bar tempatan. Beliau juga menggunakan orang ramai sebagai rujukan dalam merekabentuk watak lain. Watak-watak ini telah diterima baik secara keseluruhan.