Portal:Sudan

Republik Sudan ataupun lebih dikenali sebagai Sudan (Bahasa Arab: جمهورية السودان, translit. Jumhūriyyat as-Sūdān) adalah sebuah negara di Afrika timur laut yang merupakan negara terbesar di Afrika dan seringkali dianggap sebahagian Timur Tengah.Sudan bersempadankan dengan Mesir di utara, Eritrea dan Habsyah di timur, Sudan Selatan di selatan, Kenya dan Uganda di tenggara, Congo dan Republik Afrika Tengah di barat daya, Chad di barat dan Libya di barat laut.
Khartoum (AFA: /kɑːrˈtuːm/, Bahasa Arab: ٱلْـخَـرْطُـوْم‎ al-xarTuum) ialah ibu negara Sudan dan bandarnya yang paling besar.Asal-usul perkataan "Khartoum" tidak diketahui. Berdasarkan sistem pengelasan iklim Köppen, Khartoum mempunyai iklim gurun, dengan hujan hanya pada bulan-bulan musim panas. Selepas Perjanjian Perdamaian Lengkap bersejarah ditandatangani oleh kerajaan Sudan dan Gerakan Pembebasan Rakyat Sudan, kerajaan Sudan memulakan projek pembangunan besar. Khartoum ialah tempat utama untuk kebanyakan institusi pendidikan terulung di Sudan. Seni bina Khartoum tidak dapat dikenal pasti dengan 1 ataupun 2 gaya kerana budayanya beraneka.