Sudan_Selatan
Sudan_Selatan

Sudan_Selatan

Sudan Selatan, atau nama rasminya Republik Sudan Selatan,[4] merupakan sebuah negara tak berpantai di Afrika Timur. Ibu negara dan bandar terbesarnya ialah Bandar Raya Juba. Ia bersempadan dengan Habsyah di timur; Kenya, Uganda, dan Republik Demokratik Congo di selatan; Republik Afrika Tengah di barat; dan Sudan di utara. Sudan Selatan merangkumi kawasan paya Sudd yang dibentuk oleh Sungai Nil Putih, ataupun nama tempatannya Bahr al Jabal.Negara ini mula-mula menganggotai Sudan Inggeris-Mesir, sebuah negara kondominium di bawah pentadbiran British dan Mesir, kemudian menjadi sebahagian Republik Sudan apabila kemerdekaan dicapai pada tahun 1956. Ekoran Perang Saudara Sudan Pertama, Kawasan Autonomi Sudan Selatan dibentuk pada tahun 1972 dan bertahan hingga tahun 1983. Kemudian, tercetusnya Perang Saudara Sudan Kedua yang berkesudahan dengan Perjanjian Damai Menyeluruh 2005. Pada tahun yang sama, taraf autonomi dipulihkan apabila terbentuknya Kerajaan Autonomi Sudan Selatan. Sudan Selatan menjadi negara merdeka pada 9 Julai 2011 pada tengah malam (00:00) waktu tempatan ekoran pungutan suara pada Januari 2011 yang menyaksikan hampir 99% pengundi memilih supaya Sudan Selatan berpisah daripada negara Sudan.[5]

Sudan_Selatan

Ibu kota Juba
Zon masa UTC+3 (Waktu Afrika Timur)
Pemerintahan Republik demokrasi berpresiden persekutuan
• Naib Presiden Riek Machar
Perundangan Dewan Undangan
• Anggaran 7,500,000–9,700,000 (2006, UNFPA)[1]
11,000,000–13,000,000 (dakwaan Sudan Selatan, 2009)[2]
Bandar terbesar Juba
• Negara autonomi 9 Julai 2005
• Perjanjian Damai Menyeluruh 6 Januari 2005
Kod panggilan 249
Bahasa rasmi Inggeris
Mata wang Paun Sudan (SDG)
Kumpulan etnik Dinka, Nuer, Bari, Lotuko, Kuku, Zande, Mundari, Kakwa, Pojulu, Shilluk, Moru, Acholi, Madi, Lulubo, Lokoya, Toposa, Lango, Didinga, Murle, Anuak, Makaraka, Mundu, Jur, Kaliko, and others.
• Bancian 2008 8,260,490 (diragui)[3] (ke-94)
• Jumlah 619,745 km2 (239,285 bt2) (ke-45)
Diiktiraf bahasa serantau Arab Juba, Dinka, Nuer, Zande, Bari, Shilluk
• Pengisytiharaan 9 Julai 2011
• Presiden Salva Kiir Mayardit