Portia_Simpson-Miller
Portia_Simpson-Miller

Portia_Simpson-Miller

Templat:Use Jamaican EnglishPortia Lucretia Simpson-Miller, ON, AP (lahir 12 Disember 1945) ialah Perdana Menteri Jamaica, daripada Parti Rakyat Kebangsaan. Beliau merupakan wanita pertama yang menjadi Perdana Menteri Jamaica, apabila beliau mengambil alih jawatan itu pada 30 Mac 2006. Beliau kemudian tewas dalam pilihan raya pertamanya pada September 2007, sebelum menang dalam pilihan raya Disember 2011. Dalam pilihan raya 2011 itu, parti beliau menewaskan Parti Buruh Jamaica pimpinan Perdana Menteri Andrew Holness.[1] Simpson-Miller ialah anggota Majlis Pemimpin Dunia Wanita, suatu rangkaian antarabangsa bagi presiden dan perdana menteri wanita, sama ada semasa atau sebelumnya.[2] Pada pilihan raya umun Jamaica pada tahun 2016,beliau tewas ditangan bekas Perdana Menteri Andrew Holness sekaligus beliau menjadi ketua pembangkang selepas kekalahan parti pemerintah Parti Rakyat Kebangsaan ditangan Parti Buruh Jamaica pimpinan bekas Perdana Menteri Andrew Holness sekaligus Andrew Holness dipilih semula sebagai Perdana Menteri Jamaica yang seterusnya.[3]