Kesan Posyen_Polijus

“Ooh, nampak awak lebih sedap daripada Crabbe dan Goyle, Harry,” kata Hermione, sebelum melihat kening Ron terangkat, dan dengan pipi agak kemerahan berkata, “Oh, awak tahu maksud saya... posyen Goyle nampak macam momok.”
—sebelum Hermione Granger bertukar menjadi Harry, Harry Potter dengan Azimat Maut

Secebis orang yang ingin dijadikan pertukaran — lazimnya rambut — diperlukan sebelum penukaran. Sebelum ramuan terakhir ini ditambah, Polijus kelihatan pekat seperti lumpur gelap yang berbuih perlahan. Apabila cebisan orang ditambah, posyen akan berubah warna; ia seolah-olah berubah mengikut sifat orang itu, dan dikatakan itu ialah 'intipati' orang tersebut. Orang yang berhati baik akan menjadikannya warna dan rasa yang lebih menarik dan sebaliknya. Posyen Harry Potter adalah berwarna emas tulen, manakala posyen Gregory Goyle seperti "kobis yang terlebih masak", Bellatrix Lestrange punya berasa "menjijikkan, lebih teruk dari Akar Gurdy" dan posyen Mafalda Hopkirk berwarna ungu pucat yang menyenangkan.

Kesannya bertahan selama sejam, tetapi apabila Barty Crouch Jr. menculik dan menyamar sebagai Alastor Moody bagi sepanjang penggal persekolahan Hogwarts[HP4], berterusan mengambil dosnya menunjukkan kesan yang berterusan. Beliau melakukannya pada 1994-1995 sebagai sebahagian rancangan Lord Voldemort untuk memperoleh tubuh dan membunuh Harry Potter.

Arahan untuk membuat Posyen Polijus pada buku Posyen Paling Mujarab.[HP2]

Polijus juga boleh digunakan untuk seseorang itu untuk bertukar menjadi orang yang berlainan jantina. Ia juga termasuk sebarang usia, kecederaan dan kecacatan, seperti juga Barty Crouch Jr. memerlukan mata ajaib dan kaki kayu apabila dia bertukar menjadi Alastor Moody.

Posyen ini sangat rumit, leceh dan boleh jadi menerukkan. Contohnya, apabila Hermione Granger merenih Polijus pada tahun keduanya, dia ingin bertukar bentuk kepada Millicent Bulstrode, tetapi dia terambil bulu kucing yang disangkakan bulu Millicent. Hasilnya menyebabkan Hermione bertukar rupa menjadi separa kucing. Memandangkan Posyen Polijus tidak boleh digunakan untuk berubah kepada haiwan, rupa Hermione tidak pulih selepas sejam. Beliau pergi ke sayap Hospital dan tidak pulih hinggalah selepas cuti musim sejuk tamat.

Begitu juga, posyen ini tidak boleh digunakan oleh bukan manusia atau baka kacukan untuk berubah menjadi manusia lain, seperti yang dikatakan oleh Remus Lupin tentang Rubeus Hagrid yang separa gergasi.[1]