Prakash_Jha
Prakash_Jha

Prakash_Jha

Prakash Jha (lahir 27 Februari 1952) ialah seorang pengarah, penerbit, pelakon dan penulis lakon layar India, terkenal dengan filem politik dan sosio-politik seperti Damul (1984), Mrityudand (1997), Gangaajal (2003), Apaharan (2005), Raajneeti (2010), Aarakshan (2011) Chakravyuh (2012), dan Satyagraha (2013). Beliau juga menerbitkan filem dokumentari seperti, Faces After The Storm (1984) dan Sonal (2002).Beliau memiliki syarikat penerbitannya, Prakash Jha Productions.[1] Beliau juga memiliki P&M Mall di Patna dan P&M Hi-Tech Mall di Jamshedpur.[2]