Watak Prime_Minister_and_I

Watak Utama

Kwon Yool, 42 tahun, Perdana Menteri termuda Republik KoreaBeliau kehilangan isterinya dalam kemalangan kereta 7 tahun lalu dan terpaksa membesarkan ketiga-tiga anaknya sendirian. Beliau mempunyai reputasi sebagai seorang yang jujur dan berintegriti,tetapi realitinya beliau mempunyai hubungan yang menyulitkan dengan anak-anaknya dan beliau juga mempunyai mulut yang jahat,berupaya menukarkan perkataan-perkataan baik ke buruk dengan semulajadinya seperti ketika beliau berada di rumah. Beliau adalah pemimpin yang terkenal di mata dunia,juga di masa yang sama tidak mampu memasak semangkuk mi. [6]

Nam Da Jung, 28 tahun, Wakil wartawan Tabloid tahun ketiga, bertanggungjawab melaporkan Berita Scandal.Pada pandangan pertama, dia tampak bijak dan seorang wanita yang cekal, tetapi dia sebenarnya seorang yang cemerkap dan sentiasa membuat kesilapan dan memalukan dirinya sendiri. Berangan-angan ingin menjadi seorang novelis seperti Jane Austen; tetapi dalam masyarakat yang dimana seseorang tidak boleh membuat duit dengan mudah,menjadi seorang penulis sememangnya adalah impian yang menyedihkan. Akhirnya, dia telah menggunakan bakatnya dengan menjadi seorang penulis dan seorang jurugambar untuk syarikat 'Scandal News'. Disebabkan bapanya yang mempunyai alzheimer,dia terpaksa bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mencari wang bagi menampung perbelanjaan bapanya di hospital. Untuk mendapatkan berita-berita yang hebat dia telah mengejar Kwon Yool pagi dan malam dalam cubaannya untuk mendapatkan temubual eksklusif. [6]

Kang In Ho, 32 tahun, Pegawai atasan untuk pejabat Perdana MenteriBuat pertama kali pertemuannya dengan Da Jung, dia merasakan Da Jung ialah seorang wanita yang unik dan menarik, walaupun ketika Da Jung mulai mengganggu Kwon Yool dengan meminta untuk berkahwin dengannya.Lama-kelamaan dia merasa benci kepada Da Jung kerana tindakannya yang tidak ubah seperti perempuan murahan.Namun selepas dia mengetahui sebab-penyebab Da Jung berkelakuan begitu,dia tidak boleh membenci Da Jung lagi, malah dia bertambah sayang dan cinta kepada Da Jung,dan dia akan melindungi Da Jung melebihi dirinya sendiri. [6]

Seo Hye Joo, 35 tahun, Hoobae(Junior) kepada Kwon Yool, pembantu Kwon Yool yang paling setia dan yang bersamanya dari zaman kolej. Sangat tenang dan seorang yang tegas serta bijak dalam pelbagai perkara, tetapi dia adalah seorang yang dungu dalam percintaan.Walaupun telah lama menyimpan perasaan pada Kwon Yool walaupun dari zaman kolej,tetapi dia tidak pernah mengungkapkan cintanya kepada Kwon Yool. Dia gembira dengan hanya berada disamping Kwon Yool dalam pekerjaan dan menyinmpan perasaannya, sehingga satu hari, Nam Da Jung muncul dalam hidupnya. [6]

Park Joon Ki, 42 tahun, Menteri Kewangan dan Strategi, Abang ipar Kwon Yool dan juga pesaingnya dalam bidang politik. Dia ialah seorang yang penuh dengan keyakinan dan juga seorang yang bercita-cita tinggi. Dia berkahwin dengan Na Yoon Hee hanya kerana inginkan kuasa politik. Dia telah bekerja keras untuk berada dimana dia berada sekarang. Walaupun pernah menjadi sahabat yang rapat dengan Kwon Yool satu ketika dahulu, tetapi semuanya berakhir kerana dia mendapat tahu bahawa cinta pertamanya iaitu Hye Joo mencintai Kwon Yool. Dia merasakan kematian adiknya Na Young adalah disebabkan kepayahan dan kesusahan yang dibawa Kwon Yool, dan dia tidak dapat memaafkan Kwon Yool. Dia hanya menginginkan Kwon Yool tumbang dari dunia politik dan tidak akan pernah bangkit lagi. [6]

Anak-anak Perdana Menteri

Watak Tambahan

Rujukan

WikiPedia: Prime_Minister_and_I http://www.kdramastars.com/articles/12935/20131210... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20131204000... http://www.tenasia.com/archives/75308 http://www.tenasia.com/archives/76335 http://www.agbnielsen.co.kr/index.asp?ref=0 http://english.kbs.co.kr/hallyu/entertainment_news... http://www.kbs.co.kr/drama/primeminister/ http://www.kbs.co.kr/drama/primeminister/about/cas... http://mwave.interest.me/enewsworld/en/article/486... http://mwave.interest.me/enewsworld/en/article/487...