Primeworks_Studios
Primeworks_Studios

Primeworks_Studios

Primeworks Studios Sdn. Bhd.[1] ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran rancangan televisyen Malaysia milik penuh konglomerat media Media Prima Berhad. Syarikat ini mula bergiat menerbitkan program televisyen pada 1 Jun 1984 bersama TV3, filem (1994) dan membawa karya-karya televisyen tempatan yang bermutu mencapai pasaran sedunia (2008).[2][3] Pada masa yang sama, segala penerbitan in-house yang dikelola atas nama-nama rangkaian televisyen Media Prima, iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9, diambil alih oleh Primeworks. Baru-baru ini, Primeworks mengadakan satu pertandingan "What's Your Big TV Idea?" untuk mencari idea-idea rancangan televisyen paling kreatif dari kalangan awam.Syarikat ini bukan sahaja menerbitkan rancangan bagi pihak Media Prima, bahkan juga kepada pihak ketiga RTM dan Astro, di samping mengeksport rancangan buatan Malaysia ke pasaran antarabangsa dan menjalin hubungan strategik dengan pengedar TV antarabangsa.[4]