Pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin

Pendaftaran Program 6P boleh dilakukan di kaunter Jabatan Imigresen seluruh negara ehingga 21 Ogos 2011.Majikan dan pekerja asing tanpa izin juga boleh terus berdaftar dengan syarikat-syarikat pengurus yang dilantik sehingga 31 Ogos 2011.[1]

Sehingga 14 November 2011 seramai 2,320,034 pendatang asing telah berdaftar dengan 1,016, 906 adalah pendatang yang sah, manakala 1,303, 126 (977, 140 lelaki dan 325,986 perempuan) adalah pendatang haram.. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan terdapat 400,000 warga asing dari Bangladesh tetapi 300,000 dari mereka adalah pendatang asing tanpa izin (PATI).[2]

Seramai 50,000 dikenal pasti berkerja di sektor yang tidak dibenarkan.50,000 pekerja itu akan diserap ke lima sektor yang dibenarkan iaitu perkilangan; peladangan; pertanian; pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.Proses ini akan mengambil masa jika ada kekosongan dalam lima sektor berkenaan dan semua mereka akan diagih-agih mengikut permohonan daripada syarikat yang terbabit dalam sektor tersebut.[3]

Seramai 2.3 juta tadi mendaftar secara sukarela dan tidak termasuk pembantu rumah, tak termasuk Sabah dan Sarawak dan secara perinciannya.Ia tidak termasuk pelarian jumlah yang lebih daripada 100,000 orang.[4]

Pelbagai agensi terlibat termasuk Rela. Briged Sempadan ditugaskan menjaga / mengawal pantai ,daratan dan laut sepanjang 535 kilometer di Sempadan Malaysia-Thailand bertujuan mengekang kemasukan PATI ke Malaysia.Tiga juta anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela), 125,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 110,000 anggota ATM.[5]

Rujukan

WikiPedia: Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=111... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt...