Program_SSN_Tentera_Laut_India

Pada bulan Februari 2015, kerajaan India telah meluluskan pembinaan enam buah kapal selam penyerang berkuasa nuklear (SSN)[1].[2] Kapal selam ini direka oleh cabang rekabentuk dalaman tentera laut India sendiri dan akan dibina secara tempatan oleh Shipbuilding Center yang terletak di Visakhapatnam. Pengalaman yang diperolehi semasa pembinaan kapal selam SSBN kelas Arihant akan digunakan dalam projek SSN. Oleh kerana India secara tradisinya menggunakan kapal selam berkuasa nuklear bautan Rusia (di mana INS Chakra (2011) disewa daripada Rusia), kapal selam terbaharu buatan tempatan merupakan kapal selam SSN ketiga yang digunakan oleh Tentera Laut India selepas kapal selam kelas Charlie dan kapal selam kelas Akula yang disewa.[3] Kesemua enam buah kapal selam ini dijangka akan dibina di India di bawah program Buatan India.[1][4]