Isu Proklamasi_Darurat_2021

Sungguhpun begitu, sesetengah pihak, terutamanya pihak pembangkang mempertikaikan motif sebenar pelaksanaan darurat, yakni sama ada darurat diisytiharkan untuk mengekang pandemik COVID-19 atau bermotifkan politik; kerajaan Perikatan Nasional pada masa ini berada dalam situasi genting dengan kerajaan PN mudah kehilangan majoriti mudah. Sementara itu, para pendukung pula menyokong darurat kerana dapat menghalang sebarang pilihan raya yang boleh merebakkan lagi ancaman COVID-19, dan menyeru agar darurat dikekalkan sehingga pandemik COVID-19 menjadi lebih terkawal.[3]

Penutupan sidang Parlimen

Keputusan penutupan sidang Parlimen dalam situasi darurat menjadi pertelingkahan para ahli politik negara sepanjang proklamasi, dengan pihak pembangkang bertungkus-lumus memberi tekanan terhadap pihak kerajaan untuk membuka sidang Parlimen demi mafaat negara. Namun begitu, tidak kurang banyak yang mendukung penutupan tersebut dengan hujah bahawa penutupan sidang Parlimen dapat mengelakkan ancaman COVID-19 dalam kalangan ahli politik serta para pekerja Parlimen.[4]

Ordinan Darurat dan kebebasan bersuara

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 yang dirasmikan pada Mac 2021 ialah sebuah ordinan yang menekankan isu berita tidak benar berkenaan pandemik COVID-19.[5] Walaupun begitu, ordinan ini melahirkan kebimbangan berkenaan sebarang penyalahgunaan ordinan yang boleh menjejaskan kebebasan suara rakyat Malaysia, terutamanya dalam krisis politik negara yang masih berlanjutan.[6] Kebimbangan ini juga membawa kepada perhimpunan bantahan skala kecil oleh pihak pemerhati hak kebebasan bersuara.[7]

Rujukan

WikiPedia: Proklamasi_Darurat_2021 http://www.utusan.com.my/nasional/2021/01/agong-is... http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_2... https://www.malaysiakini.com/news/579404 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/663036/... https://www.sinarharian.com.my/article/128374/BERI... https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/03/13/... https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/16/440-... https://web.archive.org/web/20210112014859/https:/... https://web.archive.org/web/20210112043815/https:/...