Penggunaan Propolis

Dalam perubatan

Para pendeta zaman Mesir kuno menggunakan propolis sebagai salah satu bahan mengawetkan mumia. Bangsa Assyria mempercayai propolis sebagai bahan yang mampu mengubati barah dan ketumbuhan, sementara masyarakat Yunani purba menggunakannya untuk mengubati bisul.[3]

Masyarakat Georgia tidak sahaja menggunakan ia sebagai bahan asas mengobati beberapa penyaki, tetapi juga sebagai bahan penenang bayi yang baru lahir merawat kutil, gangguan pernafasan, luka bakar serta juga angina. Manfaat propolis bisa ditelusuri dari sifat antimikrobanya.[4]

Begitu banyak klaim pengobatan tradisional yang menggunakan propolis, namun khasiatnya pada zaman moden belum bisa sepenuhnya dibuktikan.[3]

Sebagai bahan penggilap

Propolis digunakan dalam pembuatan alat muzik bertali tertentu sebagai varnis dan bahah penguat kekudanya, serta juga untuk melindungi lubang-lubang panpipe.

Bahan ini turut digunakan sebagai penindak balas menukarkan minyak dan lemak mentah menjadi lilin yang sesuai digunakan untuk menggilap kenderaan automobil.[5][6][7][8]

Rujukan

WikiPedia: Propolis http://www.apinetla.com.ar/congreso/c05.pdf http://www.chemicalguys.com/HOW_AND_WHEN_TO_USE_PA... http://detailingwiki.com/index.php5?title=Carnauba http://www.drweil.com/drw/u/QAA400335/What-Are-the... http://www.revmedvet.com/2005/RMV156_624_627.pdf http://sportscarnet.com/blog/tag/auto-detailing http://znaturforsch.com/ac/v57c/s57c0530.pdf http://www.zymol.com/readhistory.aspx http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/druginfo/natura... //doi.org/10.1051%2Fapido%2F2010016