Proses_Haber
Proses_Haber

Proses_Haber

Proses Haber atau Proses Haber–Bosch ialah sejenis proses pengikatan nitrogen buatan yang merupakan kaedah industri utama untuk pengeluaran ammonia hari ini.[1] Proses ini dinamakan sempena para penciptanya Fritz Haber dan Carl Bosch iaitu ahli kimia Jerman yang membangunkan proses ini pada pertengahan pertama abad ke-20. Ia menukarkan nitrogen atmosfera (N2) menjadi ammonia (NH3) melalui tindak balas dengan hidrogen (H2) berpemangkin logam di bawah suhu dan tekanan tinggi:Sebelum prosesnini dapat dibangunkan, ammonia begitu sukar untuk dihasilkan pada skala industri,[2][3][4] di mana kaedah yang terdahulu seperti proses Birkeland–Eyde dan proses Frank–Caro memberikan hasil yang sangat tidak efisien.