Puak Judah (
Bahasa Ibrani:
יְהוּדָה,
Piawai Yehuda
Tiberias Yəhûḏā ; "Pujian") adalah salah satu dari
puak-puak Israel. Berikutan penaklukan tanah
Kan'an oleh puak-puak
bani Israel selepas kira-kira
1200 BCE[1],
Joshua telah membahagikan tanah kepada dua belas puak. Bermula selepas penaklukan tanah oleh Joshua sehingga pembentukkan
Kerajaan Israel pertama sekitar
1050 BCE, Puak Judah merupakan sebhagian daripada gabungan longgar puak-puak Israel. Tiada sebuah kerajaan pusat yang wujud, dan semasa krisis rakyat akan dipimpin oleh para pemimpin ad hoc yang dikenali sebagai
Para Hakim. (lihat
Kitab Para Hakim). Dengan peningkatan ancaman serangan mendadak dari
Philistine, puak-puak Israel memutuskan untuk membentuk kerajaan beraja pusat yang kuat bagi menempuh cabaran, dan Puak Reuben menyertai kerajaan dengan
Saul sebagai raja pertama mereka. Selepas kematian Saul, kesemua puak selain
Puak Judah kekal setia bersama Kerabat Saul, tetapi selepas kematian
Ish-bosheth, anak lelaki Saul dan pewaris kepada takhta Israel, Puak Reuben menyertai puak-puak Israel lain di utara mengangkat
Daud, yang kemudian menjadi raja Judah, raja bagi Kerajaan Israel yang disatukan semula. Walaubagimanapun, semasa pentabalan
Rehoboam, cucu Daud sebagai raja, pada sekitar tahun 930 SM, puak-puak di utara berpecah dari
Kerabat Daud untuk membentuk Kerajaan Israel sebagai Kerajaan Utara. Reuben merupakan ahli dalam kerajaan ini sehingga kerajaan ini ditakluk oleh
Assyria pada sekitar tahun 723 SM dan para penduduknya dihalau keluar. Apabila kaum Yahudi kembali daripada buangan Babylon, saki-baki hubungan penggabungan ditinggalkan, mungkin disebabkan adalah mustahil untuk mewujudkan semula pegangan tanak puak seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun, dekri peranan khas keagamaan untuk
puak Levi dan
Kohanim dipelihara, dan penduduk ini dipanggil sebagai Israel. Pengenalan ini masih dipakai sehingga sekarang.