Publicis_Groupe

Publicis Groupe S.A. ialah sebuah syarikat pengiklanan dan perhubungan awam multinasional Perancis. Syarikat ini merupakan syarikat pemasaran dan komunikasi tertua di dunia, serta merupakan salah satu yang terbesar. Ia beribu pejabat di Paris.Syarikat ini merupakan pemimpin dalam mendorong ledakan ekonomi Perancis pasca Perang Dunia II, terutama melalui pembangunan industri pengiklanan. Usaha syarikat ini berjaya kerana hubungan baiknya dengan sejumlah pejabat Pemerintah Perancis, penggunaan simbolnya yang cerdik untuk mempromosikan diri, serta kemampuannya dalam menarik pelbagai industri untuk menjadi kliennya.[3]Syarikat ini merupakan salah satu dari empat agensi pengiklanan terbesar di dunia, bersama WPP, Interpublic, dan Omnicom.[4] Syarikat ini dipimpin oleh Arthur Sadoun dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan tradisional dan digital, perkhidmatan media, serta perkhidmatan pemasaran untuk klien nasional dan multinasional.

Publicis_Groupe

Industri Pengiklanan
Hubungan awam
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Pendapatan bersih ▲ €937 juta (2014)[2]
ISIN FR0000130577 
Perancang utama Arthur Sadoun[1]
Ibu pejabat Paris, Perancis
Laman sesawang www.publicisgroupe.com
Pengasas Marcel Bleustein-Blanchet
Keluaran Penjenamaan & identiti
Pemasaran
Penyelidikan pasaran
Perhubungan awam
Ditubuhkan 1926; 94 tahun yang lalu (1926)
Hasil ▲ €9,6 bilion (2015)[2]
Didagangkan sebagai Euronext: PUB
Komponen CAC 40
Jenis Société Anonyme