Pulau_Bougainville
Pulau_Bougainville

Pulau_Bougainville

Pulau Bougainville ialah sebuah pulau terletak di jauh timur rangkuman persempadanan Papua New Guinea Ia berkeluasan 9,300 km2 (3591 sq miles) dengan jumlah penduduk menghuni seramai 234,280 orang (setakat sensus 2011) termasuk di Pulau Buka dan jasad-jasad daratan lain seperti Kepulauan Carteret. Puncak tertinggi pulau ini terletak di Gunung Balbi dengan ketinggian mencecah 2,700 m dari paras laut.Pulau ini pulau terbesar dalam gugusan pulau Solomon yang dirangkumkan dalam rantau Kepulauan Solomon Utara, namun pulau ini memerintah sendiri dalam suatu kawasan khusus dipegang oleh Papua New Guinea, sementara pulau-pulau lain yang berjiranan wujud sebagai negara politi sendiri iaitu Kepulauan Solomon.