Watak Puppy_Dog_Pals

Utama

  • Bingo (disuarakan oleh Issac Ryan Brown) – Pug kelabu-hitam dengan kolar biru dengan petir yang lebih matang daripada kembarnya Rolly. Ia ketua bagi dirinya dan Rolly. Bingo sentiasa bersedia untuk melaksanakan misi dengan adiknya untuk membantu seseorang yang berkeperluan.
  • Rolly (disuarakan oleh Sam Lavagnino) – Pug perang kekuning-kuningan dengan kolar merah dengan tulang emas. Ia tidak sepintar Bingo dan sangat suka bermain-main. Ia adik kembar kepada Bingo. Rolly suka mengunyah apa-apa yang dapat ditemukan, yang merupakan tabiat buruk.
  • Bob (disuarakan oleh Harland Williams) – Tuan kepada Bingo, Rolly, Hissy, dan A.R.F. Dia juga bekerja sebagai Pereka Industri/Pereka Produk atau pencipta. Dalam Musim 2, Bob juga telah mengubah suai pagar di antara rumahnya dengan rumah Chloe supaya Keia dapat bermain dengan Bingo, Rolly, dan Hissy dan mereka semua dapat melawati rumah satu sama lain. Sebagai tambahan, Bob juga telah membuat kolar baharu untuk Keia, yang dipakai olehnya semasa misi dengan Bingo dan Rolly.
  • Hissy (disuarakan oleh Jessica DiCicco) – Kucing tabi ungu yang sinis yang mempedulikan Bingo dan Rolly seperti kakak. Ia kadang-kadang mengikuti Bingo dan Rolly dalam misi mereka. Ia dan Cupcake sahaja merupakan haiwan dengan warna bulu tidak semula jadi.
  • A.R.F. (dikenali sepenuhnya sebagai Autodoggy Robotic Friend; disuarakan oleh Tom Kenny) – Anjing robot yang dicipta oleh Bob. Ia pertama kali muncul dalam "A.R.F." dan dikemaskinikan oleh Bob dalam "Go, Dog. Go!". Ia selalu merujuk dirinya sebagai orang ketiga.
  • Keia (disuarakan oleh Shiloh Nelson) – Anak anjing yang pertama kali muncul dalam Musim 2. Sebagai anak anjing baharu yang dimiliki oleh jiran sebelah Bob, Chloe dan ibunya, Keia juga bersahabat rapat dengan Bingo, Rolly, dan Hissy sejak bertemu dengan mereka. Ia juga dikenali kerana memakai baju lengan panjang berwarna firus dan kolar merah jambu dengan bintang emas padanya. Ia pertama kali muncul dalam episod tayangan perdana Musim 2, "A New Pup in Town".
  • Strawberry (berkomunikasi dengan bunyi decit) – Kumbang kura-kura yang, seperti Bingo, Rolly, dan Hissy, merupakan sahabat rapat kepada Keia, sungguh rapat sehinggan Strawberry berada bersama Keia hampir setiap masa. Seperti Keia, Strawberry juga pertama kali muncul dalam episod tayangan perdana Musim 2, "A New Pup in Town". Keia telah menamai kumbang kura-kura ini "Strawberry" kerana, menurut Keia, ia menyerupai strawberi kerana badan merahnya dengan tompok hitam.

Berulang

  • Cupcake (disuarakan oleh Jill Talley) – Anak anjing Malta merah jambu yang pernah tidak menyukai Bingo dan Rolly. Ia merupakan antagonis utama siri ini, tetapi menjadi anjing baik selepas episod "The Fang Fairy".
  • Rufus (disuarakan oleh Leslie David Baker) – Buldog dengan kolar hitam yang merupakan pembantu Cupcake. Ia diketahui mengejar Bingo dan Rolly berkali-kali, tetapi dalam "Haunted Howl-oween", selepas Rolly menanggalkan kostum Chloe daripadanya, ia membantu mereka pula untuk memulangkan kostum itu. Ia tidak banyak bercakap melainkan menggeram dan menggumam, kecuali satu pengecualian, iaitu Rufus mampu menyebut "Zeus", nama bagi anjing antagonistik dalam "How the Dog Park Was Won".
  • Captain Dog (disuarakan oleh Patrick Warburton) – Bintang rancangan televisyen kegemaran Bingo dan Rolly.
  • Frank Exposition (disuarakan oleh Leslie David Baker) – Lelaki yang secara kebetulan kerap dilihat bercuti dengan isterinya, Esther, semasa misi Bingo dan Rolly. Dalam "A Pyramid Scheme", dia terikat oleh reben, yang menyebabkan Bingo dan Rolly tersalah anggap bahawa dia mumia. Nama keluarganya muncul dalam kredit hujung tetapi tidak pernah disebut dalam episod.
  • Esther Exposition (disuarakan oleh Cheri Oteri) – Isteri kepada Frank. Dalam "Hissy's Big Day", ia diperlihatkan mempunyai iguana peliharaan yang bernama Iggy.
  • Bulworth (disuarakan oleh Huey Lewis) – Anjing tempat pembuangan sampah.
  • Johnathan (disuarakan oleh Jeff Bennett) – Sahabat burung camar Bingo dan Rolly yang selalu bergurau senda.
  • Chloe (disuarakan oleh Emma Shannon) – Anak gadis yang merupakan jiran kepada Bob. Setakat Musim 2, Chloe dan ibunya merupakan pemilik Kelia, seekor anak anjing baharu yang juga bersahabat baik dengan haiwan peliharaan Bob.
  • Strider si Anjing Gembala (disuarakan oleh Mo Collins) – Anjing gembala biri-biri yang petah yang muncul dalam episod "Counting Sheep" dan "Rhapsody in Pug".