Purnawarman, juga dieja
Purnavarmman (maut
434), ialah raja
Kerajaan Tarumanagara yang ketiga. Baginda mewarisi bapanya,
Dharmayawarman , yang mangkat pada tahun
395 dan memerintah selama 39 tahun antara tahun-tahun
395 -
434.Pada tahun
397, baginda mengasaskan
ibu kotanya yang baru yang terletak lebih dekat ke pantai dan dinamainya "Sundapura", secara harfiahnya bermaksud "Kota Suci". Pada tahun
417, baginda menitahkan penggalian
Sungai Gomati dan
Candrabaga sepanjang 6,112
tombak (sekitar 11
kilometer) dan selepas penggalian tersebut, mengadakan penyembahan dengan pengorbanan 1,000 ekor
lembu. Penggalian sungai tersebut merupakan gagasan untuk menghindari banjir yang sering berlaku pada masa pemerintahan Purnawarman, dan kekeringan yang berlaku pada musim kemarau.
Naskah Wangsakerta menyatakan bahawa di bawah kekuasaan Purnawarman, terdapat 48 raja daerah yang membentang dari
Salakanagara atau Rajatapura (di daerah Teluk Lada,
Pandeglang) sehingga ke Purwalingga (sekarang
Purbolinggo) di
Jawa Tengah.
[1] Secara tradisional Cipamali (
Sungai Brebes) memang dianggap sebagai sempadan kekuasaan raja-raja
Jawa Barat pada masa silam.Purnawarman mangkat pada tahun
434 dan diwarisi oleh puteranya,
Wisnuwarman.