Ringkasan Pusaka_Pontianak

Waris-waris seorang jutawan yang baru meninggal dunia berkumpul di banglonya untuk mendengar wasiatnya. Peguam wasiat berkomplot dengan adik tirinya untuk membolot harta tersebut. Dia memberitahu waris-waris tersebut bahawa almarhum adalah keturunan pontianak. Sesiapa yang inginkan harta tersebut mesti tinggal di banglo jutawan tersebut yang terletak ditengah-tengah sebuah kebun getah, selama empat minggu. Sesiapa yang keluar dari kawasan kebun getah tidak akan mendapat harta wasiat tersebut yang berjumlah 10 juta ringgit termasuk insurans nyawa sebanyak satu juta ringgit. Bagi waris yang meninggal dunia ketika berada dibanglo tersebut, bahagian harta wasiatnya akan dibahagi-bahagikan kepada waris yang masih hidup.Seorang demi seorang waris dibunuh oleh pontianak yang menggunakan terowong bawah tanah untuk keluar dan masuk kedalam banglo tersebut.Kehadiran wakil syarikat insurans akhirnya berjaya membongkar misteri kewujudan pontianak.

Berkaitan