Sejarah Pusat_Asasi_Sains_(Universiti_Malaya)

Pelajar sesi pengajian 1977/78 merupakan kumpulan pertama pelajar dari program ini yang telahberjaya meneruskan pengajian ke Fakulti Pergigian, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains. Merekatelah menerima Ijazah dalam konvokesyen Universiti Malaya pada tahun 1983. Manakalakonvokesyen Universiti Malaya pada 1984 telah menyaksikan kumpulan pertama program ini yangberjaya menerima Ijazah dalam bidang perubatan.[2]Pada sesi 1982/1983, Pusat Asasi Sains dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam dan KerajaanJepun telah mengaturkan satu program khas iaitu Rancangan Persediaan Khas (Jepun)[3] sebagaimenyahut seruan kerajaan untuk melaksanakan Dasar Pandang Ke Timur. Pelajar-pelajar yang lulusdengan cemerlang akan meneruskan pengajian mereka di Universiti-universiti Jepun dalam bidangSains, Kejuruteraan, Pengurusan Perubatan, Pergigian dan Perniagaan.Mulai sesi 1988/1989, dua kursus baru telah dilaksanakan di Pusat Asasi Sains, iaitu Program PraPerakaunan khusus untuk menyediakan pelajar-pelajar bumiputera ke Fakulti Ekonomi danPentadbiran dalam bidang Perakaunan dan Pentadbiran Perniagaan. Manakala, Program PraInggeris sebagai Bahasa Kedua pula menyediakan pelajar-pelajar ke Fakulti Pendidikan untukmengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua).Pada sesi 1997/1998, Pusat Asasi Sains telah mengkaji semula struktur pengajian untuk disesuaikanselaras dengan perubahan semasa. Di bawah sistem baru ini, pelajar-pelajar Pusat Asasi Sains yangmendapat keputusan cemerlang boleh menyempurnakan kursus pengajian dalam tempoh duasemester. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan diberi kesempatanuntuk menamatkan kursus dalam tempoh 3 atau 4 semester. Antara program-program yang terlibatadalah Aliran Sains Hayat, Aliran Sains Fizikal, Pra Inggeris sebagai Bahasa Kedua dan PraPerakaunan. Rancangan Persediaan Khas (Jepun) masih kekal mengikut struktur pengajian yanglama.Program Pra Perakaunan juga telah disusun semula bagi membolehkan pelajar-pelajardipertimbangkan kemasukan ke kursus Pentadbiran Perniagaan dan Ekonomi. Oleh itu, programPra Perakaunan telah diubah namanya kepada Program Pra Perakaunan/Perniagaan/Ekonomi (PraPPE). Pada sesi ini program Pra-Undang-Undang dan Program Pra-Alam Bina juga telahdiperkenalkan.

Pusat Asasi Sains pernah mengadakan program kerjasama dengan sembilan buah Institusi Swastapada sesi 1998/99. Antara kolej-kolej yang menjalankan program kerjasama ini adalah Kolej MARABanting, Institut Maxisegar, IKIP, Kolej Cempaka, Kolej UNITI, Institut Goon, Inpens, KolejMatrikulasi Terengganu dan Yayasan Pelajaran MARA Kuantan.Pada sesi 1999/2000, hampir kesemua pelajar telah ditempatkan di dalam kampus Universiti Malayadan sebahagian kecil ditempatkan di Kolej MARA Banting. Program yang dijalankan pada ketika ituadalah Program Asasi Sains (aliran Sains Hayat dan aliran Sains Fizikal), Program Pra Perakaunan/Perniagaan/Ekonomi serta Rancangan Persediaan Khas (Jepun).Pada sesi 2000/2001, hanya Rancangan Persediaan Khas (Jepun) mempunyai pelajar baru manakalaProgram Asasi Sains pula menguruskan sebilangan pelajar yang perlu menyempurnakan pengajianmasing-masing dalam semester 3 atau 4.[4]Pada sesi kemasukan 2001/2002, pengambilan pelajar dibuat untuk Program Asasi Sains Hayat danAsasi Sains Fizikal serta Rancangan Persediaan Khas (Jepun). Pelajar-pelajar ini telah ditempatkandi Kolej Kediaman Kelima untuk pelajar Rancangan Persediaan Khas (Jepun) dan Kolej KediamanKesebelas untuk pelajar Asasi Sains.Bagi sesi kemasukan 2002/2003, seramai 1,100 orang calon telah berjaya ditempatkan di Pusat AsasiSains untuk mengikuti Program Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Fizikal. Pelajar-pelajar ini sertapelajar Rancangan Persediaan Khas (Jepun) seramai 160 orang ditempatkan di Kolej KediamanKesebelas untuk memudahkan proses pemantauan.Seramai kira-kira 900 orang pelajar telah ditempatkan di Pusat Asasi Sains untuk mengikutiProgram Asasi Sains bagi kemasukan 2003/2004. Pelajar-pelajar Program Asasi Sains dan pelajarRancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ) seramai 180 orang ditempatkan di Kolej kediaman yangsama.

Mulai sesi akademik 2004/2005, pengajaran dikendalikan dalam Bahasa Inggeris untuk semuakuliah, tutorial dan amali bagi Program Asasi Sains. Pusat Asasi Sains memberi penekanan dalamkursus Bahasa Inggeris supaya para pelajar mendapat pendedahan yang sewajarnya bagimemudahkan proses pembelajaran dengan berkesan. Bagi sesi ini, Pusat Asasi Sains menerima kirakira1000 orang pelajar bagi Program Asasi Sains dan masih mengekalkan pengambilan pelajar untukProgram Rancangan Persediaan Khas Jepun seramai 180 pelajar. Kesemua pelajar Pusat Asasi Sainsditempatkan di Kolej Kediaman Kesebelas.Bagi sesi kemasukan 2005/2006, Pusat Asasi Sains telah menerima hampir 1250 orang pelajar untukProgram Asasi Sains dan seramai 160 orang pelajar bagi Program Rancangan Persediaan Khas Jepun(RPKJ). Pada sesi ini, pengendalian kuliah/tutorial/amali pada tahun l untuk Program RancanganPersediaan Khas Jepun (RPKJ) adalah dalam Bahasa Inggeris. Pelajar Program Asasi Sains kekalmenginap di Kolej Kediaman Ungku Aziz (Kolej Kediaman Kesebelas) manakala pelajar RancanganPersediaan Khas Jepun (RPKJ) ditempatkan di Kolej Kediaman Dr. Raja Nazrin Shah.Mulai sesi akademik 2006/2007, Program Asasi Sains telah diserap di bawah Program-programMatrikulasi atau Program Pra Ijazah di bawah Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian PengajianTinggi Malaysia. Sehubungan dengan itu, urusan pengambilan pelajar adalah melalui BahagianPengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bagi sesi ini,seramai 1,100 pelajar telah diterima masuk ke Pusat Asasi Sains bagi Program Asasi Sains. Manakalabagi Program Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ), bilangan pelajar yang diterima masukkekal seramai 160 orang pelajar.

Pada sesi 2007/2008, genaplah 30 tahun usia Penubuhan Pusat Asasi Sains. Pada sesi ini, Pusat Asasitelah menawarkan semula Program Asasi Alam Bina dengan bilangan pelajar seramai 100 orang.Pelajar yang tamat program ini akan melanjutkan pengajian ke Fakulti Alam Bina, Universiti Malayadalam bidang Seni Bina, Ukur Bahan, Ukur Bangunan dan Pengurusan Harta Tanah. Mulai sesi inisemua pelajar Pusat Asasi Sains akan menginap di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah.Pada sesi 2008/2009, Pusat Asasi Sains telah mempunyai seramai 745 orang pelajar yang berdaftaruntuk Program Asasi Sains (Aliran Sains Hayat dan Aliran Sains Fizikal). Manakala seramai 75orang pelajar adalah dari Program Asasi Alam Bina.Pusat Asasi Sains telah mencipta sejarah pada sesi 2009/2010 dengan peningkatan pelajar palingramai iaitu 1400 orang pelajar dalam Aliran Sains Hayat dan Sains Fizikal. Manakala bagi ProgramAsasi Alam Bina, seramai 120 orang pelajar telah berjaya ditempatkan di Pusat Asasi Sains.Pada sesi 2010/2011, seramai 1,600 orang telah diterima masuk ke Pusat Asasi Sains bagi ProgramAsasi Sains Hayat dan Program Asasi Sains Fizikal. Manakala seramai 110 orang pelajar telahditerima masuk untuk Program Asasi Alam Bina.Pusat Asasi Sains telah menerima seramai 1,500 orang pelajar bagi Program Asasi Sains Hayat danProgram Asasi Sains Fizikal pada sesi 2011/2012. Manakala 100 orang pelajar telah diterima masukbagi Program Asasi Alam Bina. Bagi Program Rancangan Persediaan Khas (Jepun) pula, seramai 101orang pelajar telah mendaftar pada sesi tersebut.Bagi sesi 2012/2013, Pusat Asasi Sains mengekalkan jumlah pengambilan sebagaimana tahunsebelumnya. Kesemua pelajar Program Asasi menginap di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shahmanakala pelajar program RPKJ kesemuanya menginap di Kolej Kediaman Ungku Aziz.Pada sesi 2013/2014, buat pertama kalinya Universiti Malaya melaksanakan eksesais temuduga bagisemua program pengajian yang ditawarkan termasuk Program Asasi di Pusat Asasi Sains. Pada sesiini Pusat Asasi Sains mengekalkan pengambilan 1000 orang pelajar bagi setiap Program Asasi SainsHayat dan Program Asasi Sains Fizikal. Manakala 100 orang pelajar telah ditawarkan Program AsasiAlam Bina.Sehingga kini Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya telah berjaya melahirkan pelajar bumiputeradengan asas sains yang mantap untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama ke IPTAseluruh Malaysia.