Pusat_Kawalan_dan_Pencegahan_Penyakit_China

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China atau Chinese Center for Disease Control and Prevention (CCDC) (Cina tradisional: 中国疾病预防控制中心) ialah agensi Suruhanjaya Kesihatan Nasional berpusat di Beijing, China. Ia berfungsi untuk melindungi kesihatan dan keselamatan orang ramai dengan memberikan maklumat untuk meningkatkan keputusan kesihatan, dan ia menggalakkan kesihatan melalui perkongsian dengan jabatan kesihatan wilayah dan organisasi lain. CCDC memberi tumpuan kepada pembangunan negara dan penggunaan pencegahan dan kawalan penyakit (terutamanya penyakit berjangkit), kesihatan alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, promosi kesihatan, pencegahan dan pendidikan yang dirancang untuk meningkatkan kesihatan rakyat Republik Rakyat China.[1][2][3]