Pusat_gempa
Pusat_gempa

Pusat_gempa

Pusat gempa ialah titik atas permukaan Bumi yang berada betul-betul di atas hipopusat, iaitu titik berasalnya gempa bumi atau letupan bawah tanah.Untuk gempa bumi, pusat gempa terletak betul-betul di atas titik sesar mulai pecah. Lazimnya, pusat gempa merupakan kawasan yang paling teruk terjejas oleh gempa bumi. Namun demikian, bagi gempa yang teramat kuat, pecahan sesar lebih panjang sehingga menyebabkan kemusnahan merebak ke seluruh zon pecahan. Misalnya, dalam gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda Denali di Alaska, pusatnya terletak di hujung barat pecahan, tetapi kemusnahan terbesar belaku kira-kira 330 km dari situ, di hujung timur zon pecahan.[1]