Putera_Harry,_Duke_Sussex
Putera_Harry,_Duke_Sussex

Putera_Harry,_Duke_Sussex

Putera Henry, Duke Sussex (Henry Charles Albert David; diputerakan pada September 15, 1984; lebih dikenali sebagai Putera Harry) merupakan putera kedua Charles, Putera dari Wales dan isteri pertamanya, mendiang Diana, Puteri dari Wales. Baginda merupakan pewaris keempat dalam baris pengganti takhta British dan juga dalam baris pengganti takhta Negara - negara Komanwel, yang di dahului oleh ayahandanya, kakandanya, Putera William dari Wales dan anakanda saudaranya Putera George dari Cambridge. Baginda merupakan paduka cucunda kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Philip.Selepas menamatkan pengajian di beberapa buah sekolah di United Kingdom, Putera Harry menghabiskan cuti tahunannya di Australia dan Lesotho. Harry yang memilih kerja tentera, menjalani latihan pegawai di Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Baginda telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di Regimen Household Cavalry—berkhidmat sementara bersama kakandanya—dan menyempurnakan latihan baginda sebagai Komander kereta kebal. Pada tahun 2007 - 2008, baginda berkhidmat selama 77 hari di barisan hadapan dalam Perang Afghanistan, walaupun baginda telah dikeluarkan berikutan cerita yang dipaparkan dalam sebuah majalah Australia. Baginda berangkat pulang ke Afghanistan untuk 20 minggu penempatan pada 2012 - 2013.