Pendidikan Putera_Harry,_Duke_Sussex

Seperti ayahanda dan kakandanya, Putera Harry telah mendapat pendidikannya di sekolah awam. Baginda memulakan persekolahannya di sekolah nurseri Jane Mynor dan sekolah pra-persediaan Sekolah Wetherby, kedua - duanya di London. Selepas itu, baginda memasuki Sekolah Ludgrove dan telah melepasi peperiksaan yang membolehkan baginda memasuki Kolej Eton, baginda mempelajari Geografi, Sejarah Seni dan Seni untuk A-Level. Keputusan untuk meletakkan Harry di Eton ialah bertentangan dengan tradisi kerabat diraja yang mana mereka menempatkan paduka anakanda diraja ke Gordonstoun (nenda, ayahanda, dua ayahanda saudaranya dan dua sepupunya menghadirinya) walau bagaimanapun, Putera tersebut mengikuti tradisi kelurga Spencernya, ayahanda dan adinda bondanya menghadiri sekolah tersebut. Pada Jun 2003, Harry berjaya menghabiskan persekolahannya di Eton dengan dua A-Level (Grade B dalam seni dan D dalam Geografi) selepas memutuskan untuk mengugurkan Sejarah Seni selepas AS level. Baginda cemerlang dalam sukan, terutamanya Polo dan Rugbi.

Selepas menamatkan pengajiannya, baginda menghabiskan cuti tahunannya di Australia, bekerja (seperti ayahnya sewaktu seusia dengannya) di stesen dan mengambil bahagian dalam ujian polo, Young England vs Young Australia. Baginda juga mengembara ke Lesotho. Di sana, baginda bekerja dengan anak yatim dan menghasilkan sebuah dokumentari filem, The Forgotten Kingdom.