Watak-watak Puteri_(siri_animasi)

Puteri Limau Manis

Dia berumur 18 tahun dan merupakan anak sulung daripada 5 beradik. Dialah bakal pewaris takhta Kerajaan Limau. Rupa parasnya cantik dan seringkali mengeluarkan kata-kata manis. Jika diajak menyertai peperangan, dialah yang paling bersemangat dan optimistik dalam apa jua keadaan. Dia juga dipaksa untuk berkahwin kerana pewarisan takhta.[1] Dia mempunyai kuasa untuk berpindah tempat dengan menggunakan selendang saktinya.[3] Dalam iklan acah, seringkali ditunjukkan haiwan amat menyukai Puteri Limau Manis.[4]

Cabaran utama untuk watak ini adalah untuk mendapatkan pelakon suara yang sesuai bagi watak ini.[1]

Puteri Limau Kasturi

Dia puteri kedua yang berusia 17 tahun. Kasturi bersifat kasar dan mempunyai ciri-ciri pahlawan. Tidak suka dengan “etika puteri” dan lebih gemar meluangkan masa dengan berlatih berlawan. Mempunyai keris sakti yang berkuasa hebat.

Puteri Limau Purut

Dia berusia 15 tahun. Dia mempunyai cucuk sanggul sakti yang mampu mengubati sesuatu benda hidup termasuklah tumbuh-tumbuhan. Dia seorang yang pemalu dan cantik rupanya. Dia selalu membiarkan rambutnya menutup sedikit bahagian wajahnya yang berparut

Puteri Limau Bali

Dia berumur 14 tahun. Merupakan puteri keempat bertubuh gempal berbanding adik-beradiknya. Oleh kerana itu, dia agak sensitif dengan topik berat badan. Dia merupakan seorang tukang masak yang handal, walaupun makanannya kelihatan tidak menarik pada luaran tetapi rasanya pasti sedap. Dia mempunyai kipas sakti yang boleh berubah saiz dan fungsi.

Puteri Limau Nipis

Berusia 10 tahun dan merupakan puteri bongsu. Penampilannya kelihatan manja dan naif. Namun, Nipis sebenarnya merupakan penyiasat yang hebat dan mengetahui semua selok-belok di dalam istana. Dia sering ditemani oleh kucing peliharaannya yang bernama Jebat. Dia berperwatakan selamba dan bersifat degil. Nipis mempunyai cemeti sakti yang sering digunakan sebagai permainannya.