Pyongyang
Pyongyang

Pyongyang

Pyongyang (Korea: 평양, 平壤) merupakan ibu negara bagi Republik Demokratik Rakyat Korea atau Korea Utara dan ia adalah bandar terbesar di negara itu. Bandaraya ini terletak di tebing Sungai Taedong. Populasi rasmi bandaraya ini tidak diumumkan; diberi 2,741,260 pada tahun 1993, dan dilaporkan pada 2.5 dan 3.8 juta pada tahun 2002 dan 2003 oleh Chongryon, sebuah pertubuhan penyokong Korea Utara di Jepun.Bandaraya ini dipisahkan dari wilayah P'yŏngan Selatan pada tahun 1946 dan ditadbir sebagai sebuah Bandaraya Pemerintahan Langsung (직할시, Chikhalsi), pada peringkat yang sama seperti kerajaan wilayah, bukannya Bandaraya Khas (특별시, Teukbyeolsi) seperti di Seoul, Korea Selatan. Sesetengah sumber mengatakan, kebanyakan golongan tua dan rakyat Korea Selatan, menggelar P'yŏngyang sebagai Bandaraya Khas, tetapi pernah dilaporkan juga bahawa kerajaan Korea Selatan pula diberikan status Bandaraya Pemerintahan Langsung pada tahun 1994.

Pyongyang

Diasaskan 1122 S.M.
• Perumian Semakan Pyeongyang Jikhalsi
• Musim panas (DST) UTC+8:30 (Tiada)
Zon waktu UTC+8:30 (PYT)
• Chosŏn'gŭl 평양직할시
Kawasan P'yŏngan
• Hancha 直轄市
Negara Korea Utara
• Jumlah 2,581,076
Ketinggian 27 m (89 ft)
• McCune-Reischauer P'yŏngyang Chikhalsi