Qarin

Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia." Menurut keyakinan umat Muslim bahawa, pada umumnya Jin Qarin ini mendorongi manusia kearah untuk berbuat kejahatan. Dia (Jin Qarin) membisikkan sifat was-was, melalaikan Solat, memberatkan diri manusia untuk membaca Al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia daripada membuat ibadah dan kebaikan. Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah telah mengutus Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Dalam beberapa Hadis dikatakan bahawa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memeluk Islam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.