Sejarah Qian_Lin

Qian Lin telah diselidik semasa dia berada di gred 2 oleh sebuah stesen televisyen China. Sejak dari itu dia telah berlakon drama dan mengacarakan rancangan. Selepas diperkenalkan kepada Tsunku, dia telah menjadi sebahagian dari Hello! Pro Egg dan telah beraksi sebagai penari latar dalam tour Hello! Project 2007 Winter ~Shuuketsu! 10th Anniversary~.

Selepas melihat Lin Lin beraksi, Tsunku memasukkan Lin Lin ke dalam generasi kelapan Morning Musume bersama-sama Mitsui Aika dan Li Chun.

Pada 8 Ogos 2010, Tsunku telah mengumumkan di blognya Junjun, Linlin, dan Kamei Eri akan graduasi dari Morning Musume. Pada 15 Disember 2010, Linlin, bersama Junjun dan Kamei Eri,telah graduasi dari Morning Musume dan Hello! Project di konsert terakhir Rival Survival. Konsert itu telah diadakan di Yokohama Arena, secara lansung dalam 3D.