Sejarah Qinghai

Qinghai merupakan sebuah wilayah yang agak baru di China. Kawasan ini selama ini menjadi tempat pertembungan pelbagai etnik yang memcampur aduk pengaruh kebudayaan Han (Cina), Mongolia, Tibet, dan Turkik. Qinghai dijadikan medan pertempuran ketika dinasti Tang dan dinasti-dinasti China seterusnya apabila menentang kerajaan Tibet yang berturut-turut.[1]

Pada tahun 1928, Qinghai dijadikan sebuah wilayah Republik China ketika itu. Seterusnya, Qinghai menjadi markas utama untuk hulubalang bernama Ma Bufang, sebelum menjadi wialyah di bawah pentadbiran Republik Rakyat pada tahun 1949.