Kerjaya R._Ramasundran

Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, Ramasundran ialah seorang pegawai tentera yang berkhidmat dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (kini Jabatan Pertahanan Awam Malaysia). Selepas bersara dari kerjaya ketenteraan, beliau memulakan kerjaya lakonan sepenuh masa, pernah menjayakan drama dan filem Cina pada tahun-tahun terawal kerjayanya sekaligus menguruskan syarikat penerbitannya di Kuala Lumpur.[4]

Beliau paling dikenali menerusi watak Rajoo lakonannya dalam sitkom Spanar Jaya yang dibintanginya selama 7 tahun. Selain itu, beliau juga pernah berlakon dalam beberapa filem termasuk Cinta 200 Ela (2001), Aku Kaya The Movie (2004) dan Kerja Kahwin (2017).[1] Ramasundran juga bergiat aktif dalam teater dan pernah menjayakan pementasan teater bangsawan[5][6] serta pernah menjayakan puluhan iklan televisyen.

Selain sebagai pelakon, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia dan sebagai Penolong Setiausaha Yayasan Artis Veteran Malaysia. Sebelum kematiannya, beliau sempat mengarahkan sebuah rancangan travelog berkaitan produk berasaskan herba untuk siaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).[7]

Rujukan

WikiPedia: R._Ramasundran http://www.imdb.com/name/nm9713939/ http://berita.rtm.gov.my/index.php/hiburan/28075-p... https://www.bernama.com/v2/en/news.php?id=1965283 https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/26... https://malaysia.news.yahoo.com/spanar-jaya-actor-... https://api.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/... https://api.hmetro.com.my/rap/2021/05/710331/r-ram... https://api.hmetro.com.my/rap/2021/05/711113/mayat... https://www.kosmo.com.my/2021/05/26/pelawak-rama-m...