RKO (
Radio-Keith-Orpheum)
Pictures adalah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran filem Amerika Syarikat. Mula-mula dibuka dengan nama
Radio Pictures Inc., kemudian memakai nama
RKO Radio Pictures Inc., RKO Pictures merupakan salah sebuah daripada lima studio filem terbesar pada
Zaman Keemasan Hollywood. Perniagaan ini terbentuk setelah rangkaian teater
Keith-Albee-Orpheum (KAO) dan studio
Film Booking Offices of America (FBO) milik
Joseph P. Kennedy digabungkan di bawah penguasaan
Radio Corporation of America (RCA) pada Oktober 1928. Ketua RCA,
David Sarnoff mengatur pergabungan ini untuk membuka pasaran untuk teknologi
filem berbunyi RCA Photophone. Menjelang pertengahan 1940-an, studio ini dikuasai oleh seorang pelabur bernama
Floyd Odlum.RKO sekian lama disanjungi kerana memperkenalkan filem-filem muzikal yang dibintangi
Fred Astaire dan
Ginger Rogers pada 1930-an. Studio ini juga merupakan tempat lahirnya kemasyhuran pelakon-pelakon
Katharine Hepburn dan
Robert Mitchum.
Cary Grant juga menjadi tulang belakangnya selama bertahun-tahun. Karya-karya dari unit filem seram berbajet rendah oleh penerbit
Val Lewton serta usaha RKO dalam bidang yang kini dikenali sebagai
film noir turut menerima pujian daripada para pengulas dan sejarawan perfileman. Studio ini terkenal kerana menghasilkan dua filem paling masyhur dalam sejarah pefileman, iaitu
King Kong dan
Citizen Kane.RKO diambil alih oleh seorang usahawan penyeleweng bernama
Howard Hughes pada tahun 1948. Setelah bertahun-tahun mengalami kemerosotan dalam penguasaan Hughes, studio ini dibeli oleh
General Tire and Rubber Company pada tahun 1955. Syarikat RKO Pictures yang asal ini berhenti penerbitan pada tahun 1957 lalu dibubarkan dua tahun kemudian. Pada tahun 1981, syarikat penyiaran
RKO General selaku pewaris korporat, membangkitkannya semula sebagai anak syarikat penerbitan dengan nama
RKO Pictures Inc. Pada tahun 1989, perniagaan ini bersama aset-asetnya, iaitu hak
cap dagang dan
pembikinan semula kebanyakan filem klasik RKO, dijual kepada pemilik baru yang mengendalikan syarikat bebas kecil bernama
RKO Pictures LLC.