RTS,S

RTS,S/AS01 (nama dagang Mosquirix) ialah sejenis vaksin malaria berasaskan protein rekombinan. Pada Oktober 2021, vaksin ini disetujui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi "kegunaan meluas" dalam kanak-kanak, menjadikan ini sebagai calon vaksin malaria pertama serta vaksin pertama bagi jangkitan parasit untuk menerima pengiktirafan ini.[2][3][4]Vaksin RTS,S mula dicipta dan dihasilkan pada lewat 1980-an oleh para saintis SmithKline Beecham Biologicals (kini GlaxoSmithKline (GSK) Vaccines) di Belgium.[5] Vaksin ini dibangunkan lagi secara lanjut melalui kerjasama GSK dengan Institut Kajian Tentera Walter Reed di Maryland, Amerika Syarikat,[6] dan didanai secara sebahagian oleh Inisiatif Vaksin Malaria PATH dan Yayasan Bill & Melinda Gates. Nilai keberkesanan vaksin berjulat dari 26% ke 50% dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Rujukan

WikiPedia: RTS,S http://www.google.com/patents/EP0614465B1?cl=3Den //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15755604 //doi.org/10.1016%2Fj.vaccine.2005.01.142 https://www.nytimes.com/2021/10/06/health/malaria-... https://www.theguardian.com/global-development/202... https://digitalcommons.unl.edu/cgi/viewcontent.cgi... https://www.ema.europa.eu/en/documents/outside-eu-... https://www.ema.europa.eu/en/mosquirix-h-w-2300 https://www.who.int/news/item/06-10-2021-who-recom... https://web.archive.org/web/20180723181342/https:/...