RWBY
RWBY

RWBY


"Time to Say Goodbye" (jilid 2) dipersembahkan oleh Casey Lee Williams"When It Falls" (jilid 3) dipersembahkan oleh Casey Lee Williams"Let's Just Live" (jilid 4) dipersembahkan oleh Casey Lee Williams"The Triumph" (jilid 5) dipersembahkan oleh Casey Lee WilliamsRWBY (disebut sebagai "Ruby") adalah sebuah siri animasi web CGI Amerika bergaya anime ciptaan oleh Monty Oum untuk Rooster Teeth Productions.[1][2][3]. Rancangan ini berdasarkan dunia fiksyen Remnant, di mana golongan muda berlatih untuk menjadi pahlawan (dipanggil "Huntsmen" dan "Huntresses") demi melindungi dunia mereka daripada makhluk-makhluk Grimm. Nama RWBY berasal daripada nama pertama watak-watak utama: Ruby, Weiss, Blake, dan Yang, dan juga warna-warna tema mereka, Red (Merah), White (Putih), Black (Hitam), dan Yellow (Kuning). Selepas beberapa treler promosi ditayangkan, episod pertama RWBY ditayangkan pada 5 Julai 2013 di RTX 2013 dan dikeluarkan di laman Rooster Teeth pada 18 Julai 2013.[4][5][6]. Episod-episod seterusnya telah dikeluarkan kira-kira setiap minggu, mula-mula kepada pelanggan Rooster Teeth, kemudiannya di YouTube seminggu kemudian. Siri ini mula menular dan menjadi popular, and musim kedua, berjudul Volume 2, telah dikeluarkan pada Julai 2014.Ketika penghasilan Volume 3, pada 1 Februari 2015, Oum meninggal dunia selepas jatuh koma disebabkan oleh tindak balas alahan ketika menjalani satu prosedur perubatan. Ini menyebabkan kelewatan dalam penghasilan Volume 3, dan juga menyebabkan perubahan menyeluruh dalam penghasilan rancangan dan jadual keluaran. Meskipun dengan kematian penciptanya, kakitangan yang masih ada mengesahkan niat mereka untuk meneruskan siri ini, dan Volume 3 dikeluarkan pada November 2015 seperti yang dijadualkan. Sementara itu, dua jilid pertama dikeluarkan untuk media peribadi dan disediakan untuk perkhidmatan penstriman seperti Netflix dan Crunchyroll; Crunchyroll juga menayangkan musim yang terkini serentak dengan keluaran asal dalam tayangan perdana mereka. Pada Oktober 2016, musim keempat telah dikeluarkan. Siri ini juga telah dialihbahasakan kepada bahasa Jepun dan disiarkan oleh Tokyo MX, dengan usahasama Warner Bros. Japan.Rooster Teeth mengeluarkan satu permainan berjudul RWBY: Grimm Eclipse dan juga satu siri sampingan yang berjudul RWBY Chibi pada 2016. Jilid kelima mula-mula ditayangkan pada 14 Oktober 2017, dan berkesudahan pada 20 Januari 2018. Paparan pendek jilid 5 yang berkisar tentang watak-watak Weiss Schnee, Blake Belladonna, dan Yang Xiao Long juga dikeluarkan, beserta musim kedua RWBY Chibi. Musim ketiga RWBY Chibi telah dikeluarkan secara berselang-seli sejak akhir jilid 5. Jilid keenam mula-mula ditayangkan pada 27 Oktober 2018, dengan paparan pendek tentang watak Adam Taurus dimuatnaik ke laman sesawang Rooster Teeth dan YouTube sebelum tayangan perdana jilid tersebut.

RWBY

Penggubah Jeff Williams
Steve Goldshein
Alex Abraham
Pelakon suara Lindsay Jones
Kara Eberle
Arryn Zech
Barbara Dunkelman
Miles Luna
Shannon McCormick
Kathleen Zuelch
Monty Oum
Neath Oum
Samantha Ireland
Jen Brown
Pengarah Monty Oum
Kerry Shawcross
Lagu pembukaan "This Will Be the Day" (jilid 1) dipersembahkan oleh Casey Lee Williams

"Time to Say Goodbye" (jilid 2) dipersembahkan oleh Casey Lee Williams"When It Falls" (jilid 3) dipersembahkan oleh Casey Lee Williams"Let's Just Live" (jilid 4) dipersembahkan oleh Casey Lee Williams"The Triumph" (jilid 5) dipersembahkan oleh Casey Lee Williams

"Rising" (jilid 6) dipersembahkan oleh Casey Lee Williams
Penerbit Matt Hullum
Burnie Burns
Kathleen Zuelch
Pencerita suara latar Jen Taylor
Syarikat penerbitan Rooster Teeth Productions LLC.
Siaran asal 18 Julai 2013 (2013-07-18) – kini (kini)
Pencipta Monty Oum
Bilangan episod 79 (Senarai episod)
Genre Aksi, Pengembaraan, Fantasi sains, Drama komedi, Luar biasa
Bilangan musim 6
Ditulis oleh Miles Luna
Kerry Shawcross
Monty Oum

Rujukan

WikiPedia: RWBY http://www.capsulecomputers.com.au/2013/06/rooster... http://www.austinchronicle.com/screens/2013-07-19/... http://www.crunchyroll.com/anime-news/2013/06/01-1... http://www.crunchyroll.com/anime-news/2013/07/12/f... http://www.crunchyroll.com/anime-news/2013/08/16-1... http://austin.culturemap.com/news/innovation/07-02... http://fronttowardsgamer.com/2013/03/30/rwby-from-... http://gnnaz.com/2013/07/18/review-rwby-premiere-e... http://www.huffingtonpost.com/shira-lazar/roostert... http://www.imdb.com/title/tt3066242/