Iklim Rabat

Rabat mempunyai iklim Mediterranean (Csa) dengan musim panas yang agak panas dan musim sejuk yang agak lembap. Dengan kedudukannya di sepanjang Lautan Atlantik, Rabat mempunyai iklim yang sederhana, dengan cuaca dingin pada musim sejuk dan bertukar menjadi panas ketika musim panas. Waktu malam adalah dingin secara sederhana, dengan suhu boleh turun mencecah 0 °C ketika musim sejuk. Pada waktu siang, suhu meningkat sebanyak 7- 8 °C.

Suhu tertinggi musim sejuk lazimnya mencapai hingga 17.2 °C pada Disember hingga Februari. Suhu tertinggi musim panas pula lazimnya pada takat 25 °C tetapi kadangkala boleh mencapai 30 °C, terutamanya ketika berlakunya gelombang haba. Suhu waktu malam pada musim panas biasanya dalam julat 11 °C ke 19 °C dan jarang melebihi 20 °C. Taburan hujan purata tahunan Rabat ialah 560 mm.